Malu yang
dianjurkan ialah malu melarikan diri dari majlis ilmu
“Ketika Rasulullah sedang duduk di dalam masjid, dikelilingi
oleh para sahabat, tiba-tiba datang 3 org lelaki. 2 org mendatangi majlis
Rasulullah dan seorang lagi pergi. Kedua-dua orang itu berdiri dihadapan
Rasulullah. Salah seorang daripada mereka melihat ruang kosong di dalam majlis
itu lalu dia duduk di situ. Seorang lagi duduk di bahagian belakang. Sementara
orang ketiga meninggalkan majlis.
Apabila Rasulullah selesai menyampaikan ilmunya, Baginda
bersabda : ‘Mahukah kalian aku beritahu kedudukan ketiga-tiga orang tadi? Bagi
orang pertama, dia berlindung kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Orang
kedua, dia malu, maka Allah malu terhadapnya. Sedangkan orang ketiga, dia
berpaling, maka Allah pun berpaling daripadanya.”
Jika kita
malu untuk meninggalkan majlis ilmu, maka Allah pun akan malu terhadapnya,
iaitu Allah merahmatinya dan tidak menghukumnya. Inilah rasa malu yang
dituntut. Malu untuk menjauhi majlis ilmu.
Solusi ed.
32
No comments:
Post a Comment