Tuesday, August 16, 2011

cerpen: Ramadhan Shila 2

3 januari 2009 merupakan hari paling bermakna dalam kehidupan Shila apabila dia bertekad menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Tiada lagi warna dirambutnya. Kini rambut itu tertutup rapi dengan tudung-tudung yang baru dibelinya. Telekung yang berhabuk dalam almarinya kini tidak lagi terlipat kemas dalam almarinya. Kini telekung itu yang disarung lima kali sehari. Kini telekung itu yang disarungnya saat diri tertekan tandanya kini apa jua masalah yang dihadapinya, segalanya diadukan kepada Allah dalam sujudnya.
Shila bertekad pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya di US. Kini, Shila hidup sendirian. Namun tidak pernah pula dirasakan sunyi kerana dia ada Allah yang sentiasa bersamanya. Bulan berganti bulan, kini shila menghitung hari  menanti detik datangnya Ramadhan. Kerana dia rindu untuk berpuasa dibulan mulia itu. Dia tidak sabar memulakan ibadah puasa yang sebenarnya. Dia tidak sabar untuk bersahur, berbuka puasa, solat terawih seperti yang diajarkan oleh Aida suatu ketika dahulu. Dia tidak sabar lagi merasakan nikmatnya menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan.

Monday, August 8, 2011

Cerpen : Ramadhan Shila (1)

Hujan renyai-renyai di pagi itu membuatkan Shila berlari-lari anak pulang kerumahnya. Memang menjadi kebiasaan Shila untuk bersiar-siar ditaman di hadapan rumahnya mencari tenang di hati seusai solat subuh. Shila kini bukan lagi seperti Shila yang dulu. Baru beberapa bulan Shila tekad menjalani kehidupan sebagai muslim sepenuh masa. Sebelum ini Shila tidak kenal erti solat. Telekung untuk solat pun berhabuk dalamalmari rumahnya. Terakhir dia menyentuh telekung itu adalah saat-saat dia diijab kabul dengan suaminya 4 tahun lalu. Itupun telekung itu hanya menjadi hantaran perkahwinan semata-mata. Dan beberapa bulan lepas, Shila tekad ‘menyentuh’ kembali telekung yang disimpan rapi dalam almari rumahnya.
Hatinya sayu. Sampai dirumah, Shila lantas membuka peti sejuk rumahnya dan mencapai air mineral sebagai penghilang dahaga. Saat-saat menuang air ke dalam gelas, matanya terpandang kalendar didinding rumahnya.
“ Hari ini 23 Sya’ban.” Monolog hatinya.
“ Maknanya lagi 7 hari la nak masuk Ramadhan.” Hati kecil wanita itu sambung bermonolog.
Tiba- tiba hatinya menjadi semakin sayu. Bimbang adakah masih ada harapan untuk dia bernafas di 1 Ramadhan kali ini. Orang lain mungkin punya sebab tersendiri mengapa tidak sabar menanti Ramadhan saban tahun. Namun bagi Shila, dia mungkin satu antara seribu muslim yang punya alasan tersendiri mengapa hati sayu menanti Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini paling dinanti Shila kerana ini Ramadhan pertama yang mungkin akan memberi makna kepada Shila.
Ramadhan Shila dulu…………..