3 januari 2009 merupakan hari paling bermakna dalam kehidupan Shila
apabila dia bertekad menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Tiada
lagi warna dirambutnya. Kini rambut itu tertutup rapi dengan
tudung-tudung yang baru dibelinya. Telekung yang berhabuk dalam
almarinya kini tidak lagi terlipat kemas dalam almarinya. Kini telekung
itu yang disarung lima kali sehari. Kini telekung itu yang disarungnya
saat diri tertekan tandanya kini apa jua masalah yang dihadapinya,
segalanya diadukan kepada Allah dalam sujudnya.
Shila bertekad pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya di US.
Kini, Shila hidup sendirian. Namun tidak pernah pula dirasakan sunyi
kerana dia ada Allah yang sentiasa bersamanya. Bulan berganti bulan,
kini shila menghitung hari menanti detik datangnya Ramadhan. Kerana dia
rindu untuk berpuasa dibulan mulia itu. Dia tidak sabar memulakan
ibadah puasa yang sebenarnya. Dia tidak sabar untuk bersahur, berbuka
puasa, solat terawih seperti yang diajarkan oleh Aida suatu ketika
dahulu. Dia tidak sabar lagi merasakan nikmatnya menahan nafsu dari
melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan.
Laungan azan dari masjid disebelah rumah Shila mengejutkan Shila dari
lamunan panjangnya. Sudah zohor rupanya. Lantas Shila mempersiapkan
diri dan bergerak menuju ke masjid. Itulah Shila sekarang. Walaupun
bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat korporat dan punya gaji
lumayan, namun apa yang dirasakan adalah semua itu tidak mampu dikecapi
tanpa izin Allah s.w.t. Shila nekad membeli rumah berhampiran masjid
untuk memudahkan urusan ibadahnya dijalankan di masjid itu. Dan baginya
laungan azan yang didengari saban waktu itu juga menjadi motivasi
untuknya mengingat waktu—waktu untuk tunduk menghadap Pencipta.
Masa terus berlalu. Dan kini sudah 29 Sya’ban. Walaupun sebelum ini
sudah berkali-kali melatih diri berpusa, menggantikan puasa-puasa yang
ditinggalkan semasa zaman jahiliahnya, namun ia tidak akan sama dengan
nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.
“ Esok puasa. Kalau ajak Aida iftar dirumah elok juga ni .” Shila
bermonolog lagi dan mencapai kunci kereta Nissan Murano miliknya dan
menuju ke supermarket untuk membeli keperluan bersahur dan berbuka
puasa.
Takdir mengizinkan Shila melalui terawih pertama dan nikmat bersahur
di malam pertama Ramadhan. Dan Shila juga gembira berbuka puasa bersama
Aida.
“ Siap-siap la, nanti kita nak pergi solat isyak dan terawih di
masjid sebelah.” Kata Shila seusai mereka solat maghrib berjemaah di
rumah Shila.
.” Elok juga tu, jom Shila.” Kata Aida sambil melipat telekung dan memasukkannya ke dalam beg.
“ Aida, sebenarnya saya gembira sangat dapat rasai nikmat sebenar
berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau saya mati sekarang pun mungkin boleh
tersenyum sebab impian bernafas di satu Ramadhan dimakbulkan Allah. Dan
yang lebih mengembirakan saya, hari ini saya dapat berbuka puasa dengan
sahabat yang amat saya sayang.” Kata Shila ketika dia melipat
telekungnya.
“ Jangan cakap macam tu. InsyaAllah bertemu lagi Ramadhan tahun depan.” Aida mengusap-usap kepala Shila.
“ Saya masuk bilik kejap ambil al-quran saya ye.” Kata Shila sambil melangkah ke biliknya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat dari dalam bilik Shila. Aida terus
berlari melihat apa yang sedang berlaku. Lemah longlai lutut Aida
saat-saat melihat badan Shila terbujur dengan darah keluar dari hidung
dan telinganya. Apakah lagi yang mampu dilakukan selain berdoa memohon
ditenangkan hatinya menghadapi situasi itu. Lantas tangan Aida mencapai
telefon bimbitnya dan membuat panggilan kecemasan ke hospital.
Dan lemah longlai sekali lagi badan Aida saat-saat melihat doktor
keluar dari bilik pembedahan dan jururawat di belakang sedang menarik
kain menutup muka Shila yang terbaring di katil. Apakah sudah tiba
saat-saat yang paling tidak diingini dalam hidupnya. Aida tunduk
beristighfar bimbang air mata yang turun ke pipi itu adalah air mata
yang tidak redha dengan pemergian rakan baiknya itu.
“ Kawan saya sakit apa doktor?” Aida bertanya ingin tahu.
“ Kawan awak tak ada cerita apa-apa ke pasal penyakit dia?” Doktor tanya Aida kembali.
“ Tak ada pula.” Jawab Aida ringkas.
“ Sebenarnya jantung kawan awak sudah lama lemah berfungsi kerana
kandungan alkohol yang berlebihan dalam jantung. Mungkin dia terlebih
mengambil alkohol diusia muda menyebabkan jantungnya menjadi lemah.
Mengikut jangkaan, dia hanya mampu hidup sehingga minggu lepas sahaja
tetapi Allah masih memanjangkan usianya hingga ke hari ini.” Terang
doktor itu panjang lebar.
“ Subhanallah. Mungkin Allah ingin pertemukan Shila dengan
Ramadhan. Shila kuat berdoa supaya disampaikan kepada Ramadhan. Mungkin
satu hari di bulan Ramadhan yang Shila lalui ini sudah cukup bermakna
buat dirinya.” Aida bermonolog.
Yang mesti diterima dengan redha sekarang, Shila hanya diizinkan
bernafas selama 29 tahun saja dalam hidupnya. Shila hanya mampu melalui
sekali sahaja nikmat bersahur, menahan lapar, berbuka puasa dan nikmat
berterawih. mungkin tahun 2009 itulah kali pertama dan terakhir Shila
merasai nikmat Ramadhan yang sebenar.
sumber:azzariyat.com
No comments:
Post a Comment