Sunday, July 10, 2011

Believer

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”

Lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali.

Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Saiyidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar

“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saiyidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan.

Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

“Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. HR. Muslim.

Alhamdulillah.Teringat seorang teman yang pernah menceritakan kisah ini.Mari berdoa semoga hati terus kuat, ikhlas beribadah dan mendapat rahmat serta redha Allah SWT.InsyaAllah.

Tuesday, June 28, 2011

you snooze,you lose!

nuhasabah untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat =)
p/s : sila baca description

8 PERKARA DARI ALLAH BUAT UMAT NABI MUHAMMAD


"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-

1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu
3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu
5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2 sebelum kamu..
6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu
7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah
8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu

"Kesemua keutamaan2 ini adalah kerana engkau, hai Muhammad dan kerana berkatmu."

Wednesday, June 8, 2011

Mak cik yang memberi makna..

Dari sebuah katil di wad sebuah hospital di Cheras, mampu diambil pengajaran darinya. seorang wanita separuh umur,communicative,responsive,not in pain,lying comfortably on her bed, sedang terkumat kamit berzikir. Namun,ternenti bila diterpa seorang dua pelajar perubatan tahun 3.Nak berbual-bual sikit dengan mak cik katanya. Tak  sangka,disebalik keceriannya,bukan saja ada sejarah kelurga,sejarah sosial tapi juga pernah ada sejarah sengsara. Kata mak cik, dulu masa muda-muda,sihat,badan pun kuat,bertenaga tapi jauh dari Tuhan.Banyak buat  kesilapan.Semakin ditimpa masalah, semakin jauh dariNya. Tapi,Alhamdulillah,sekarang mak cik dah sedar.mak cik nak habiskan masa dengan pergi majlis-majlis ilmu,belajar tentang agama. Walaupun dulu muda dan fizikal kuat, tapi rasanya sekarang mak cik rasa jauh lebih kuat bila berada dekat dengan Allah even mak cik terlantar atas katil macam ni.Ya,kekuatan bukan semata-mata fizikal mak cik,tetapi dari rohani dan spiritual.

Alhamdulillah,mak cik perlu bersyukur,Allah sayang sayang kat mak cik.Walaupun dulu mak cik banyak bersalah denganNya,Dia tak benci pun mak cik.Dia masih beri hidayahNya kat mak cik.Yang dah berlalu biarkan berlalu. Mungkin kesakitan dan dugaan Tuhan untuk mak cik adalah kerana Dia nak mak cik lebih mengingatiNya.Lebih dekat lagi.Dan bersyukur kerana ramai lagi makcik-makcik sebelah-sebelah katil yang lebih teruk keadaannya.Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. InsyaAllah Dia ada perancangan yang lebih baik lepas ini.Teruskan berdoa.Get well soon mak cik.

'Yang telah menciptakan aku,maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku,'
'dan Yang memberi makan dan minum kepadaku'
'dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku'
'dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali'
'dan Yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat'
(Asy-Syu,ara' : 78-82)


Friday, June 3, 2011

MALU UNTUK MENJAUHI MAJLIS ILMU


Malu yang dianjurkan ialah malu melarikan diri dari majlis ilmu
“Ketika Rasulullah sedang duduk di dalam masjid, dikelilingi oleh para sahabat, tiba-tiba datang 3 org lelaki. 2 org mendatangi majlis Rasulullah dan seorang lagi pergi. Kedua-dua orang itu berdiri dihadapan Rasulullah. Salah seorang daripada mereka melihat ruang kosong di dalam majlis itu lalu dia duduk di situ. Seorang lagi duduk di bahagian belakang. Sementara orang ketiga meninggalkan majlis.
Apabila Rasulullah selesai menyampaikan ilmunya, Baginda bersabda : ‘Mahukah kalian aku beritahu kedudukan ketiga-tiga orang tadi? Bagi orang pertama, dia berlindung kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Orang kedua, dia malu, maka Allah malu terhadapnya. Sedangkan orang ketiga, dia berpaling, maka Allah pun berpaling daripadanya.”
Jika kita malu untuk meninggalkan majlis ilmu, maka Allah pun akan malu terhadapnya, iaitu Allah merahmatinya dan tidak menghukumnya. Inilah rasa malu yang dituntut. Malu untuk menjauhi majlis ilmu.
Solusi ed. 32


Wednesday, May 18, 2011

Surgery.O&G.JKM.Internal Medicine


Alhamdulillah.Batch 2009-2014 dah melangkah ke tahun 3.walaupun ada yang tercicir dibelakang,kita redha dengan segala ketentuan-Nya dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.Prophylaxis mengucapkan selamat menghadapi cinical years dan semoga dengan kesibukan kita ini tidak membuatkan kita terlupa pada Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Semoga kita saling ingat mengingati antara satu sama lain kerana itulah sahabat.Sebagai peneman dan yang mengingatkan andai ada yang terlupa.Sama-sama kita berdoa supaya kita terus diberikan kekuatan dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.InsyaAllah.