Dengan nama
Allah yg Maha Pemurah Maha Penyayang.
Untuk menjawab
persoalan-persoalan diatas atau seumpamanya, mungkin mudah bagi yang faham atau
yang rasa dia faham. Tapi biarlah yg lebih arif untuk berbicara. Bak kata
seorang teman medic, copy paste pun baik sebab kalau tulis apa yang difaham
takut yang menulis tersalah faham yang membaca tak faham-faham. Di sini inginku kongsi sebuah cerita. Cerita
biasa.
Situasi : Dua beradik sedang duduk beristirehat di
ruang tamu. Yang adik sedang memakan nasi yang kakak membaca surat khabar.
Kakak : Adik tadi kat sekolah(tadika) belajar apa?
Adik : Blajaq ABC..
Kakak : Dah tiga tahun tadika tak kan cikgu duk
ajar ABC x sudah-sudah kot..
Adik : A,
Ayam saya suka makan..B, burung tinggi terbang..
(Dan si adik pun
mula menyanyi-nyanyi lagu-lagu yg diajar oleh cikgu-cikgunya di tadika. Bermula
dengan lagu ABC, 123, nama-nama Nabi, nama-nama para malaikat, sampailah ke
doa-doa harian)
Kakak : Adik dah habis makan kutip balik nasi-nasi
yang tumpah tu. Kemas balik, abah balik nanti kena marah.
Adik : Adik tak larat la. (Amboih. Macam baru
balik keja)
Kakak : Adik Tuhan marah nanti sepah-sepah makan,
pinggan tak simpan.
Si adik pun
pergi mengemas(kemas la cara dia).
Habis si adik
“mengemas”, kakak terdetik untuk bertanya. Selalu dia memberi amaran dengan
menggunakan nama Tuhan pada si adik ni. Fahamkah dia? Si kakak pun bertanya
untuk melihat sejauh mana kefahaman adiknya yg berusia 5 tahun.
Kakak : Adik Tuhan tu sapa?
Adik : Tuhan tu Allah.
Kakak : Tersenyum. (Skrip!)
Maksud kakak Tuhan tu siapa? Apa? Dia buat
apa?
(Sambil mewarna
pula)
Adik : Menjawab dengan penuh yakin. Tuhan tu Allah.., Dia potong tangan.., potong
kaki.. bla..bla..
Kakak : O’ o.
~Tamat~
Sebuah cerita
mampu membawa seribu erti, seribu pengajaran. Tak kalah juga sebuah dialog
ringkas sebenarnya jika kita mahu melapangkan dada mengambil pengajaran.
Penulis telah
dapat satu pengajaran, cara mengajar mungkin? Tetapi yg hendak dikongsi disini
ialah lebih kepada sebuah persolan. Si adik ada pendapatnya sendiri jawapanya
sendiri. Sekarang kita pula bagaimana. Siapakah Tuhan? Apa itu agama? Apakah
kita sudah faham segala-galanya? Terima dan mengamalkannya? Kita yakin dengan
jawapan kita(seperti Si Adik yg yakin dengan jawapannya)?
Marilah kita
bersama-sama menepuk dada bertanya ilmu bertanya iman. =)
~pena sahabat~