MUSLIMAH VS PRAMUGARI
seorang muslimah sedang berada di dalam
sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat,
dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal
terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu
ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke
tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan
muslimah itu dan menegurnya...
Peramugari: (dengan suara
dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab
ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Muslimah:
(dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam
sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..
Love this post =)
ReplyDelete