Monday, April 4, 2011

Tuhan? Agama? Siapakah? Apakah?




Dengan nama Allah yg Maha Pemurah Maha Penyayang.

Untuk menjawab persoalan-persoalan diatas atau seumpamanya, mungkin mudah bagi yang faham atau yang rasa dia faham. Tapi biarlah yg lebih arif untuk berbicara. Bak kata seorang teman medic, copy paste pun baik sebab kalau tulis apa yang difaham takut yang menulis tersalah faham yang membaca tak faham-faham. Di  sini inginku kongsi sebuah cerita. Cerita biasa.

Situasi   : Dua beradik sedang duduk beristirehat di ruang tamu. Yang adik sedang memakan nasi yang kakak membaca surat khabar.

Kakak    : Adik tadi kat sekolah(tadika) belajar apa?
Adik       : Blajaq ABC..
Kakak    : Dah tiga tahun tadika tak kan cikgu duk ajar ABC  x sudah-sudah kot..
Adik       : A, Ayam saya suka makan..B, burung tinggi terbang..
(Dan si adik pun mula menyanyi-nyanyi lagu-lagu yg diajar oleh cikgu-cikgunya di tadika. Bermula dengan lagu ABC, 123, nama-nama Nabi, nama-nama para malaikat, sampailah ke doa-doa harian)
Kakak    : Adik dah habis makan kutip balik nasi-nasi yang tumpah tu. Kemas balik, abah balik nanti kena marah.
Adik       : Adik tak larat la. (Amboih. Macam baru balik keja)
Kakak    : Adik Tuhan marah nanti sepah-sepah makan, pinggan tak simpan.
Si adik pun pergi mengemas(kemas la cara dia).
Habis si adik “mengemas”, kakak terdetik untuk bertanya. Selalu dia memberi amaran dengan menggunakan nama Tuhan pada si adik ni. Fahamkah dia? Si kakak pun bertanya untuk melihat sejauh mana kefahaman adiknya yg berusia 5 tahun.
Kakak    : Adik Tuhan tu sapa?
Adik       : Tuhan tu Allah.
Kakak    : Tersenyum. (Skrip!)
                 Maksud kakak Tuhan tu siapa? Apa? Dia buat apa?
(Sambil mewarna pula)
Adik       : Menjawab dengan penuh yakin. Tuhan tu Allah.., Dia potong tangan.., potong kaki.. bla..bla..
Kakak    : O’ o.
~Tamat~

Sebuah cerita mampu membawa seribu erti, seribu pengajaran. Tak kalah juga sebuah dialog ringkas sebenarnya jika kita mahu melapangkan dada mengambil pengajaran.
Penulis telah dapat satu pengajaran, cara mengajar mungkin? Tetapi yg hendak dikongsi disini ialah lebih kepada sebuah persolan. Si adik ada pendapatnya sendiri jawapanya sendiri. Sekarang kita pula bagaimana. Siapakah Tuhan? Apa itu agama? Apakah kita sudah faham segala-galanya? Terima dan mengamalkannya? Kita yakin dengan jawapan kita(seperti Si Adik yg yakin dengan jawapannya)?
Marilah kita bersama-sama menepuk dada bertanya ilmu bertanya iman.  =)

~pena sahabat~

No comments:

Post a Comment