Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Apa
khabar sahabat-sahabat sekalian? Adakah korang sihat sepanjang menunggu
detik-detik terakhir habisnya OSPE. Bagaimana dengan iman, adakah sihat? Adakah
kita sudah memberi makan yang secukupnya pada iman kita??
Mungkin
apa yang saya alami, sahabat-sahabat sekalian ada juga yang turut merasainya
dan ada juga yang tidak. Pada hari kedua study untuk OSPE dan baca semula
nota-nota, saya teringat semula soalan-soalan dan jawapan yang diberikan mase
theory exam haritu. Semakin banyak yang dibaca, semakin down semangat dan rasa
macam nak muntah untuk revise segala macam MES, gambar-gambar lab dan
nota-nota.
Untuk
menghilangkan rasa itu, saya buka facebook, blog orang lain dan call family.
Tapi rasa ITU masih ada. Saya sangat-sangat perlukan seseorang untuk menaikkan
semangat saya. Tapi siapa??kawan-kawan? Masing-masing di bilik, takkan nak
ganggu diorang study.
Akhirnya
saya ambil wuduk dan buka Quran, really kata-kata Allah amat-amat menyentuh
hati saya. Tak payah cari sesiapa to relieve stress because Allah always by our
side. Buka al Quran je,maksud ayat Quran
terus tepat kene batang hidung saya (ayat tu sesuai dengan situasi). Saya nak share dengan sahabat-sahabat,
ayat-ayat dalam surah Al-anfal ( p/s : ayat-ayat ni saya ambil yang saya nak
highlight kan sahaja, lebih memahami bukalah tafsir)
43. Sungguh, Allah
Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatimu.
44. Hanya kepada
Allah segala urusan dikembalikan
45. Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila kamu bertemu
pasukan (musuh), maka berteguh hatilah
dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu
beruntung.
46. Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi
gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah berserta
orang-orang sabar.
49. (Allah berfirman), “ Barang siapa bertawakal kepada Allah, ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa, Mahabijaksana.”
51. Dan sesungguhnya Allah
tidak menzalimi hamba-hamba-Nya,
53. Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang
telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. Sungguh
Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
60. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).
Ayat-ayat
ni juga boleh dijadikan tips semasa kita jawap ospe nanti, iaitu teguhkan hati
(kuatkan semangat) dan banyakkan menyebut nama Allah, InsyaAllah kita akan
menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat.
Segala
apa keputusan yang kita dapat nanti, bertawakal lah kerana kepada Allah
orang-orang beriman bertawakal dan Dia akan memberi ujian sesuai dengan
kesanggupan kita, sesungguhnya Allah mengetahui di hadapan dan juga di
belakang.
Selain
itu, saya ingat pada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat tentang niat kita di
dunia ini hanyalah semata-mata kerana
Allah.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin
'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Maaf
atas segala silap dan salah.
No comments:
Post a Comment