Taubat seorang pembunuh
Daripada Abi Said Saad bin Malik bin Sanan al-Khidir RA,bahawa Rasulullah SAW telah bercerita : Ada seorang lelaki daripada kalangan umat sebelum kamu (umat Bani Israel) telah membunuh sebanyak 99 nyawa. selepas itu, dia bertanya, siapakah manusia yang paling alim di dunia ini? Lantas ditunjukkan kepada seorang ahli ibadah.Lalu, dia pergi kepadanya dan berkata, "Sesungguhnya aku telah membunh 99 nyawa. Adakah taubatku diterima?"
Daripada Abi Said Saad bin Malik bin Sanan al-Khidir RA,bahawa Rasulullah SAW telah bercerita : Ada seorang lelaki daripada kalangan umat sebelum kamu (umat Bani Israel) telah membunuh sebanyak 99 nyawa. selepas itu, dia bertanya, siapakah manusia yang paling alim di dunia ini? Lantas ditunjukkan kepada seorang ahli ibadah.Lalu, dia pergi kepadanya dan berkata, "Sesungguhnya aku telah membunh 99 nyawa. Adakah taubatku diterima?"
Ahli ibadat itu berkata, "Taubatmu tidak akan diterima."
Lelaki itu membunuh ahli ibadah itu bagi mencukupkan bilangan 100 orang. Kemudian, dia bertanya lagi, "Siapakah manusia yang paling alim ketika ini?" Lantas ditunjukkkan kepadanya seorang alim. Dia bertanya, "Aku telah membunuh 100 nyawa, masih adakah peluang untuk aku bertaubat?"
Jawab orang alim itu, " Ya dan siapakah yang boleh menghalang seseorang untuk bertaubat? Pergilah ke negeri sana dan sana. Sesungguhnya, di sana terdapat manusia yang menyembah Allah SWT.Sembahlah Allah bersama-sama mereka. Janganlah engkau kembali ke negerimu kerana negerimu itu adalah negeri sial."
Lelaki itu pun pergi ke negeri yang dimaksudkan.Apabila tiba di pertengahan jalan, dia menemuia ajalnya disitu. Bertelagahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab dalam pengurusan rohnya. Berkata Malaikat Rahmat, "Lelaki ini datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah SWT "
Malaikat Azab pula berkata, "Lelaki ini tidak mempunyai amal kebajikan langsung."
Lantas, datanglah kepada mereka malaikat yang menyerupai manusia(dengan perintah Allah SWT). Lalu, mereka menjadikannya sebagai hakim. Dia berkata, "Ukurlah jarak antara dua negeri ini (negeri tempat datangnya lelaki itu dan negeri yang ingin ditujuinya). Negeri manakah yang lebih dekat. Maka, roh lelaki ini adalah untuknya."
Lantas, mereka mengukurnya dan mendapati tempat yang hendak ditujuinya lebih dekat. Justeru, rohnya diambil oleh Malaikat Rahmat.
Sahih al-Bukhari:3211;Sahih Muslim:4967;Sunan Ibni Majah:2612;Musnad Ahmad:11262
Ibrah : 1)Hukum bertaubat adalah wajib meskipun banyak melakukan dosa
2)Persekitaran memberi pengaruh dalm membentuk peridadi seseorang,oleh itu orang alim itu
menasihati nya supaya berhijrah.
3)Meskipun dosa uang dilakukan menggunung, tidak dapat juga dibandingkan dengan luasnya
keampunan Allah.
p/s Maaf Tuhan,hambamu ini tak pernah menangis kerana-Mu, hanya menangis kerana cinta pada dunia.Peliharalah hatiku,saudara maraku,dan sahabat-sahabatku Ya Allah.Sesungguhnya kami tidak henti-henti menzalimi diri sendir :(
No comments:
Post a Comment