Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy
daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang
menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya:
Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih
takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia
berada di antara dua jari Allah, Dia membolak balikkannya. (Sunan Ibn
Majah)
Bagi menjelaskan maksud hadis ini,seorang ustaz pernah
berkata:
"Seorang yang beramal soleh, belum tentu akan
beramal soleh selamanya...seorang yang beramal derhaka, belum tentu akan
beramal derhaka selamanya. Berapa ramai, dalam sejarah, orang baik bertukar
menjadi derhaka dan berapa ramai juga orang derhaka bertukar menjadi
baik...Allah yang memiliki hati manusia dan dia boleh membolak balikkan
semahunya"
Ah,begitu mudah hati ini berubah..Jika semalam
semangatku untuk study begitu berkobar kobar,namun hari ini semangat itu
terbang entah ke mana..Jika semalam hatiku penuh dengan zikir-zikir mengingati
Allah,tapi hari ini hatiku penuh dengan cinta duniawi..Dan begitulah
sebaliknya..Hatiku sentiasa berubah-ubah..Hari ni lain,esoknya lain
pula..sahabat-sahabat sekalian,pernahkah anda mengalami perkara yang sama?
Bermacam-macam supplement tambahan yang kita ambil
untuk menjaga kesihatan tubuh badan namun kita terlupa untuk menjaga kesihatan
hati kita..Hati yang tidak dijaga akan berubah menjadi hati yang sakit.Begitu
ramai bijak pandai yang berubah menjadi manusia yang hina dek kerana hati yang
sakit.Lihat saja pemimpin-pemimpin diktator yang ada pada hari ini.Jika mereka
tidak bijak,mana mungkin mereka mampu mentadbir negara.Namun,kerana terlalu
cintakan dunia,mereka menjadi manusia yang hina di pandangan rakyat.Mereka yang memiliki hati yang sakit
biasanya akan membenci kebenaran dan menyukai kebatilan.Hati seperti ini akan
menjadi buta, tuli, bisu, dan lumpuh. Ia tidak mampu membezakan antara
kebenaran, kesesatan, ketakwaan, kemaksiatan, dan sebagainya.
Ibnul Qayyim menjelaskan,ada tiga cara
untuk mengekalkan hati yang sihat iaitu dengan:
1)menjaga kekuatan hati
2)melindungi hati dari hal-hal yang membahayakan
3)membuang zat-zat yang berbahaya bagi hati.
Iman merupakan sumber kekuatan hati
paling utama. Jika iman hilang, hati akan menjadi sakit.Maka,kuatkanlah iman
dengan ibadah-ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.
Untuk melindungi hati dari hal-hal yang
membahayakan,kita hendaklah menjauhkan diri dari perbuatan dosa dan
maksiat.Dosa dan maksiat merupakan racun kepada hati.
Cara paling efektif untuk membuang zat-zat
yang berbahaya kepada hati adalah dengan taubat dan istighfar. Taubat dan
istighfar adalah dua ubat yang mampu membuang toksin di dalam hati.
Tiada manusia yang sempurna..Tiada
manusia yang imannya statik,tidak berubah-ubah..Tiada manusia biasa yang tidak
pernah melakukan dosa.Tiada manusia yang tidak pernah terlupa..
Jadi,mari kita sama-sama berusaha untuk
sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.Mari kita sama-sama saling ingat
mengingati dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk menuju redha
Allah..Jika terlihat ada sahabat terlupa baca doa sebelum makan,ingatkan
dia..Jika terlihat ada sahabat yang tersilap langkah,tegurlah dia..
~Hamba yang sering terlupa
No comments:
Post a Comment