Thursday, March 10, 2011

SURAT MERAH JAMBU SAYA KEPADA SAHABAT SEMUA…


Saya bukan seorang penulis,bukan juga seorang pakar motivasi. Namun saya bertindak sebagai seorang sahabat untuk mengajak anda berfikir sejenak,mengevaluasi diri.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat illahi dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi diberi nikmat masa untuk mengintai blog Prophylaxis. Bukan apa,tahu-tahu sajalah,peperiksaan akhir  sudah semakin hampir. Kalau nak difikirkan bukan setakat nak bukak internet tak ada masa,malah nak makan di café mungkin berfikir 2 atau 3 kali. ( honestly,saya tak….ngee..). Pada saat-saat genting ini,ramai yang serabut kepala bagaimana nak susun jadual untuk menghabiskan keempat-empat modul yg boleh saya katakan berat ( tambah2 CNS ). Ada yang cut waktu makan, ada yg tutup FB, ada yang 2 atau 3 kali fikir perlu ke saya mandi dan yg paling dasyat sekali cut waktu kita bersama Allah,contohnya solat. Mungkin ada yg melambat-lambatkn solat seperti ‘menjamakkan’ solat zohor dan asar atau solat seperti ayam patuk padi atau terbayang-bayang apa yg kita baca buku, waktu solat. Hmm..time 2 tu la process recall nak  berlaku..nauzubillah…ini yg kita tidak mahu berlaku…Maaf,bukan saya hendak menunding jari kepada sesiapa tetapi ingin mengajak sahabat-sahabat muhasabah diri,adakah kita tergolong dalam golongan tersebut?

“ Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) degnan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat,kecuali bg orang-orang yang khusyuk,.”
                                                                                                                                     Al-Baqarah(2) : 45
“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar “
                                                                                                                                 Al-Baqarah (2) : 153




Di saat genting inilh pengharapan kita kepada  Allah perlu tinggi kerana Dia Maha Penolong. Nah, dalam kitab suci kita telah Allah berfirman mohonlah pertolongan kepadaNya dengan solat. Dikala kita ingin ditolong mana mungkin dengan melakukn apa yang telah saya katakan tadi Allah akan tolong??

USAHA
Dalam ingin menggapai kejayaan, sudah menjadi hukum alam bahawa org yang berusaha pasti Allah akan memberi kejayaan. Bukan bergantung kepada doa sahaja, tetapi mesti berusaha dahulu seiring dengan doa.
” ….sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
                                                                                                                             Ar-Ra’d (13) : 11
Tetapi mungkin ada yang menyoal, ‘ saya sudah usaha yang terbaik,kenapa saya tak mendapat apa yang saya inginkan?’. Jika persoalan itu berlegar di fikiran sahabat-sahabat,ini adalah jawapan Allah kepada kita..
“……..tetapi boleh jd kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

                                                                                                       Al- Baqarah (2) : 216
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin Allah rindu suara kita merintih dengan penuh harap kepadaNya. Mungkin Allah mahu mengampunkn dosa kita. Mungkin Allah mahu beri peringatan supaya kita mengrefleksi  diri kerana kita terlalu mengejar hal dunia sehingga kita terlupa kepadaNya. Janganlah kita bersangka buruk terhadap Allah kerana Dia adalah apa yang kita sangkakan.

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.”
Janganlah kita menjadi golongan yang apabila diberi kejayaan,kita gembira. Tetapi apabila kita gagal, kita berputus asa.
“ Dan apabila Kami berikn sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila dia ditimpa musibah (bahaya) kerana kesalahn mereka sendiri,seketika itu mereka berputus asa.”
                                                                                                                             Ar-Rum ( 30 ) : 36
”Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika kita memperoleh kebajikn,dia merasa puas,dan jika dia ditimpa suatu cobaan,dia berbalik
ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang nyata. ”
                                                                                                                          Al-Hajj ( 22 ) : 11
Mungkin saya bukan orang yang layak untuk menasihati anda supaya tidak berputus asa kerana saya juga pernah berada dalam keadaan tersebut tetapi hayatilah ayat ini..
” Wahai anak-anakku! Pergilh kamu, carilah (berita) tentang Yusof dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yg berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.”
                                                                                                                                            Yusof (12) : 87
Apabila kita meneliti ayat ini, Allah melabelkan orang yang berputus asa sbg orang yang kafir. Mahukah kita digelar oleh Allah sebegitu rupa?

DOA
Dalam kita berusaha, seiringknlah dengan doa. Allah telah gariskan beberapa panduan bagi kita untuk kita berdoa.
“Berdoalah kpd Tuhanmu dgn rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
                                                                                                                         Al-A’raf (7) : 55
”……Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan)kebaikan,dan mereka berdoa kepada kami dgn penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada kami.”
                                                                                                                          Al-Anbiya’( 21): 90
Doa adalah senjata orang mukmin. Kita ada Allah tempat kita bergantung harap dan memohon bantuan. Berdoalah kepadaNya dengan rasa rendah hati, penuh pengharapan dan cemas. Cemas di sini bermaksud kita berdoa penuh harap takut-takut Allah tidak makbulkan doa kita.



TAWAKAL

Dlam kita berusaha dan berdoa,haruslah seiringkan dengan tawakal kita kepada Allah.
“…..Kemudian,apabila engkau telah membulatkn tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. “
                                                                                                                               Ali Imran (3): 159
Apabila kita mentelaah,kita bertawakal kepada Allah supaya Allah memudhkan pemahaman kita. Apabila kita berdoa, kita berserah kepada  Allah agar Dia memakbulkan doa kita dan akhirnya kita bertawakal kepadaNya bahawa segala apa yang kita lakukan mendapat keberkatan oleh Allah dan keredhaanNya.
Kesimpulannya, usaha,doa dan seiring dgn tawakal perlu ada untk mendapat kejayaan. Bersama-samalah kita mendoakn kejayaan bersama, yang terbaik untuk iman dan amal kita dan ingatlah Allah selalu kerana Allah sentiasa ingat kpd kita bilamana kita sentiasa ingat Allah.
“ Maka ingtlah kpd-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu.”
                                                                                                                 Al- Baqarah (2) : 152
Wallahua’lam.
 

~     Ana Bintunahaq ~

1 comment:

  1. terima kasih!!
    sgt2 membantu ketika ini..=)

    ReplyDelete