Sunday, March 27, 2011

kenapa bukan sumayyah??


 
(video ini untuk tujuan pengajaran,harap tak melagaha)
Kenapa mesti Miley Cyrus?kenapa mesti mat salleh seorang ni yang kita nak ambil ibrah(pengajaran) dari dia?kan ramai lagi.Siti Khadija,Aisyah,Prof Har,dsb.Sebenarnya tak kisah la dari siapa-siapa pun,asalkan kita ambil pengajaran dan kebaikan dari dia,evan seorang yang bukan Muslim.Sebaik-baiknya,yang baik di jadikan ikutan dan yang dah terang-terangan buruk,kita buang jauh-jauh. Bak kata seorang sahabat, apa pun yang kita lakukan biarlah dapat menambahkan iman dan sentiasa mengambil hikmah darinya.

Sebenarnya bukan ini objektif utama post ni. We got another bigger mission which is sama-sama mengutip ibrah dari lagu Miley Cyrus ini.Oleh kerana kita masih dalam exam mode dan post pun berkaitan dengan exam.Ada antara kita sedang bergembira kerana mampu menjawab teori paper dengan
cemerlangnya.Alhamdulillah. Namun,tak kurang juga yang berada dalam kekecewaan,kedukaan,penyesalan dan sebagainya kerana tidak bersedia menghadapi peperiksaan yang akhirnya membawa kepada 'kesukaran' dalam menjawab soalan-soalan exam tersebut.Tapi kita harus kuat dan ayuhlah terus tabah menghadapinya tanpa pernah ada rasa putus asa.kita masih ada ospe dan jika ditakdirkan resit sekalipun,berusahalah sehabis baik untuk kita sama-sama melangkah ke 3rd year

Berdasarkan lirik lagu ini,kita dapat dengar yang cik Miley Cyrus ni tekankan pertama-tama kalinya kita dah nampak masa depan yang begitu baik di depan,tapi still ada pemikiran-pemikiran negatif yang sebenarnya kita cipta sendiri kerana perasaan malu,kecewa dengan waktu lepas,sifat rendah dir dll yang tak bertempat dan dari external seperti syaitan yang sentiasa mengganggu serta manusia-manusia yang tidak suka akan kejayaan orang lain(nauzubillah).Jadi,sentiasa hati-hati dengan anasir-anasir multifactorial ini dan berfikiran positif dalam segala perkara.Hanya fikirkan apa yang terbaik dan menerima kririkan dengan hati terbuka dan berusaha me'renovate' hati untuk menjadi seorang yang lebih baik supaya kita boleh gelar diri kita dengan nama 'a better me'.ceh.

Next,jika kita terpengaruh with all sorts of perkara-perkara negatif ni,kita akan jadi seperti next rangkap lagu ni.Iman menjadi lemah dan apa yang dilakukan tidak menentu dan tiada arah tuju. Namun,apa pun yang terjadi,kita perlu terus mencuba tapa rasa putus asa.Memang kadang-kadang,pasti akan ada masalah yang timbul dalam perjuangan kita,namun,sagalanya adalah takdir dari Allah yang sayangkan kita sebenarnya. Andai kita dibiar sentiasa berjaya dan tiada halangan, ada kemungkinan kita menjadi seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak pernah gagal.Apa yang penting perlu sentiasa berbaik sangka dengan Allah kerana segala yang berlaku ada hikmah dan apa yang berlaku sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita.

Selain itu,jangan terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku dengan selalu sangat ber'kalau'.Tidak perlu memikirkan tentang apa yang orang lain akan kata(yang baik sila ambil) dan tidak perlu fikir tentang berapa peratus kebarangkalian untuk gagal.Kita masih ada peluang yang diberi,gunakan sebaik mungkin,dan bersungguh-sungguhlah dalam setiap usaha yang dilakukan.Basmalah,dan terus kan usaha.Namun,usaha sahaja tidak cukup tanpa doa yang beristiqamah(menasihati diri sendiri juga) kepada Sang Pencipta.Kerana segala-galanya adalah dariNya dan segala-galaNya akan pulang kepadaNya.Dalam mengambil pengajaran dari kisah nabi Zakaria a.s,sebagaimana di dalam alQuran:


" Dia (Zakaria) berkata, 'Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum perna kecewa dalam berdoa kepada-Mu,ya Tuhanku " (19:4)

Nah,even diceritakan Nabi Zakaria a.s yang dah sangat tua dan kurang berdaya,tapi still tidak jemu-jemu berdoa kepada Allah S.W.T.Siapa kita untuk berputus asa dari rahmat Allah yang terlalu luas?MasyaAllah.Dan kekuasaan Allah S.W.T menunjukkan yang apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kekuasaanNya.Even kita akan mengganggapnya mustahil but there's miracles if you believe in Allah. Nabi Zakaria a.s dikurniakan anak yang soleh walaupun dalam keadaan yang terlalu tua dan isteriNya mandul.

And,and,and..the best thing pasal lagu adalah tajuk dia sendiri.Sungguh, its all about the climb.Semuanya tentang usaha dan bukannya hasil yang diperolehi.Ingat,Tuhan tidak memandang pada hasilnya,tetapi pada usaha yang gigih.

Selamat berusaha dan selamat menghadapi OSPE! =)

p/s sekadar pengisian dan pandangan seorang hamba yang banyak melakukan dosa.

No comments:

Post a Comment