Friday, March 4, 2011

UKHUWAH FILLAH



Begitu cepat masa berlalu..bermacam macam jenis orang yang sudah aku jumpa..Ada yang jenis happy go lucky,ada yang pemalas,ada yang ayu....Ada yang aku suka,ada yang tak boleh “masuk” dengan aku.. Ah,macam macam ragamlah senang cerita..Tapi,setiap orang yang aku jumpa tu punya kelebihan dan kekurangan masing-masing..Macam mana aku suka kawan dengan si A sekalipun,mesti ada perangai dia yang aku tak berkenan sangat..Walaupun aku tak ngam dengan si B,mesti ada perangai dia yang aku suka..Normallah tu..Nobody’s perfect kan?

Seorang sahabat pernah bagitahu aku,ada 3 fasa dalam sesuatu perhubungan(sama ada hubungan suami isteri ke persahabatan ke apa-apa je lah):

Fasa pertama(fasa bahagia):
Mula-mula kenal,semuanya nampak indah di mata..kentut pon berbau wangi..hehe



Fasa kedua(fasa pergaduhan)
Masa nie,dah mula terlihat keburukan masing-masing..Ada je benda yang tak puas hati..Ada je benda yang menyakitkan hati..ikh3..Fasa nie lah penentu hala tuju sesuatu hubungan..kalau fasa ni berjaya di atasi,makanya mereka akan masuk ke fasa ketiga tapi seandainya fasa nie gagal di atasi,maka kebiasaannya hubungan mereka akan terputus.



Fasa ketiga(fasa penerimaan):
Kedua-dua pihak dah mula dapat terima kekurangan diri masing-masing..Kedua-dua belah pihak saling melengkapi antara satu sama lain..


Persoalannya ialah kenapa Allah menjadikan manusia itu pelbagai ragam dan kerenah?

Allah berfirman:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." ( Alhujurat: 13)

Pasti sahabat-sahabat sekalian dah dapat jawapan daripada ayat Quran di atas kan?Jawapannya ialah
Untuk  berkenalan..
Untuk mengetahui, memaknai manusia lain..
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain..
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah kerana Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.Setiap takdir Allah itu merupakan satu ketetapan yang terbaik untuk kita.Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan sesuatu makna buat kita.Mereka melengkapi kekurangan-kekurangan yang ada dalam diri kita.
Belajarlah menerima kekurangan diri masing-masing.Ambillah pengajaran dari setiap orang yang kita jumpa dan dari setiap peristiwa yang berlaku.Walaupun tak ada manusia yang sempurna,namun belajarlah untuk menjadi lebih baik. Tak sepatutnya alasan ‘tiada manusia yang sempurna’ di jadikan hujah untuk kita terus berada di takuk yang lama.Bukankah manusia di kurniakan akal untuk berfikir?

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka”(Surah Ar-Ra’D,ayat 11)

Moga-moganya setiap ukhuwah yang terjalin kerana Allah itu mampu melepasi fasa kedua..Moga-moga ukhuwah kita semua berkekalan hingga ke syurga insyaAllah..moga-moga ukhuwah yang terbina mampu memberi kekuatan untuk kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik,untuk kita sama-sama menuju redha Allah..Moga-moga ukhuwah yang terjalin ini mampu membentuk masyarakat “Amar ma’ruf nahi mungkar” iaitu ummah yang terbaik.

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang di lahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah”(Surah Ali-Imran,ayat 110)


No comments:

Post a Comment