Friday, November 25, 2011

Thursday, November 24, 2011

PROGRAM KURSUS KAHWIN ANJURAN PPUKM





1) kepada peserta UKM sahaja, anda boleh membuat bayaran di kaunter yang akan dibuka di kafe makyong
(sehingga 25/11/2011-kaunter akan dibuka pada 12-2 tghri di kafe makyong @ bank in ke akaun CIMB: 01025041657524- SHAFIQAH BINTI ABDULLAH.  )

2) kpd pserta luar (tidak kira pelajar atau bekerja) yg telah memberi nama kursus kahwin, sila confirmkn khadiran anda dengan membuat bayaran sebelum jam 6 ptg 25/11/2011 ke no akaun 
CIMB: 01025041657524- SHAFIQAH BINTI ABDULLAH.

*peserta PELAJAR UKM=rm40 (bayar di kaunter kafe makyong) 
*peserta luar ( bekErja/IPTA/IPTS selain UKM)=rm50 (bayaran ke CIMB bank

mohon maaf kerana pihak JAWI telah mngeluarkan pekeliling pserta tidak boleh melebihi 150 org dan kursus kahwin trpaksa dilaksanakan 2 hari (tentatif seperti di atas).
jdi dsini kmi pihak organisasi mmbuat pilihan berdasarkn pembayaran awal oleh peserta ( ini hanyalah valid kepada peserta yang pernah menghantar nama kpd kami sebelum ini shja. pserta baru tidak diambil kira) 
sila inform kpd kmi slps mbuat byran, agar nama anda trmasuk dlm snrai pserta 150 trwal.
kami akan hubungi setiap peserta yang termasuk dalam 150 peserta terawal.

transport hanya available utk pelajar ukm KCKL
1) 1 bas dari fakulti, 1 bas dri KTSN 1

untuk peserta yang terpilih, sila berbuat demikian
1)datang pada pukul 7.30pagi di auditorium, HUKM cheras 
2)sila bawa salinan ic photostat
3)pastikan anda hadir dan menepati masa pada semua sesi, jika tidak sijil tidak akan dikeluarkan.
harap maklum.


Monday, October 24, 2011

Hasbi rabbi jallallah - Ma fi qalbi ghayrullah

Asalaam Alaikum Wa Rehmatullah

My Lord is enough for me, Glory be to Allah - There is nothing in my heart except Allah


Memang susah untuk berubah. Untuk hidup hanya ada Allah dihati. Memang,manusia tak pernah lari dari kesilapan. Manusia tak sempurna.Tapi itu bukan alasan. Apa yang perlu, berdoa dan terus berusaha.InsyaAllah. 

Tuesday, August 16, 2011

cerpen: Ramadhan Shila 2

3 januari 2009 merupakan hari paling bermakna dalam kehidupan Shila apabila dia bertekad menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Tiada lagi warna dirambutnya. Kini rambut itu tertutup rapi dengan tudung-tudung yang baru dibelinya. Telekung yang berhabuk dalam almarinya kini tidak lagi terlipat kemas dalam almarinya. Kini telekung itu yang disarung lima kali sehari. Kini telekung itu yang disarungnya saat diri tertekan tandanya kini apa jua masalah yang dihadapinya, segalanya diadukan kepada Allah dalam sujudnya.
Shila bertekad pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya di US. Kini, Shila hidup sendirian. Namun tidak pernah pula dirasakan sunyi kerana dia ada Allah yang sentiasa bersamanya. Bulan berganti bulan, kini shila menghitung hari  menanti detik datangnya Ramadhan. Kerana dia rindu untuk berpuasa dibulan mulia itu. Dia tidak sabar memulakan ibadah puasa yang sebenarnya. Dia tidak sabar untuk bersahur, berbuka puasa, solat terawih seperti yang diajarkan oleh Aida suatu ketika dahulu. Dia tidak sabar lagi merasakan nikmatnya menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan.

Monday, August 8, 2011

Cerpen : Ramadhan Shila (1)

Hujan renyai-renyai di pagi itu membuatkan Shila berlari-lari anak pulang kerumahnya. Memang menjadi kebiasaan Shila untuk bersiar-siar ditaman di hadapan rumahnya mencari tenang di hati seusai solat subuh. Shila kini bukan lagi seperti Shila yang dulu. Baru beberapa bulan Shila tekad menjalani kehidupan sebagai muslim sepenuh masa. Sebelum ini Shila tidak kenal erti solat. Telekung untuk solat pun berhabuk dalamalmari rumahnya. Terakhir dia menyentuh telekung itu adalah saat-saat dia diijab kabul dengan suaminya 4 tahun lalu. Itupun telekung itu hanya menjadi hantaran perkahwinan semata-mata. Dan beberapa bulan lepas, Shila tekad ‘menyentuh’ kembali telekung yang disimpan rapi dalam almari rumahnya.
Hatinya sayu. Sampai dirumah, Shila lantas membuka peti sejuk rumahnya dan mencapai air mineral sebagai penghilang dahaga. Saat-saat menuang air ke dalam gelas, matanya terpandang kalendar didinding rumahnya.
“ Hari ini 23 Sya’ban.” Monolog hatinya.
“ Maknanya lagi 7 hari la nak masuk Ramadhan.” Hati kecil wanita itu sambung bermonolog.
Tiba- tiba hatinya menjadi semakin sayu. Bimbang adakah masih ada harapan untuk dia bernafas di 1 Ramadhan kali ini. Orang lain mungkin punya sebab tersendiri mengapa tidak sabar menanti Ramadhan saban tahun. Namun bagi Shila, dia mungkin satu antara seribu muslim yang punya alasan tersendiri mengapa hati sayu menanti Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini paling dinanti Shila kerana ini Ramadhan pertama yang mungkin akan memberi makna kepada Shila.
Ramadhan Shila dulu…………..

Monday, July 25, 2011

teka teki teka tekuk~~

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Friday, July 15, 2011

[syukran]

KEPADA : KAMU
TARIKH: HARI INI
DARI : AKU
TAJUK : BERSYUKUR

Ini AKU..
Hari ini AKU yang akan cuba menyelesaikan semua masalahmu.....

Catatan :1001 penuh makna bagiku..(hati ini)

Dan ingat,Bila Dunia ini menghadirkan masalah yang tidak dapat kamu
tangani sendiri,Jangan berusaha menyelesaikan masalah itu.

Tetapi,Letakkanlah saja masalah itu diboxKU untuk KUselesaikan..

AKU akan menyelesaikan masalahmu sesuai JADUAL yang AKU tentukan sendiri.

Semua masalahmu PASTI akan AKU selesaikan,tetapi sesuai dengan jadualku, bukan jadualmu.
Setelah semua masalahmu kamu letakkan dalam Box,Janganlah kamu fikirkan & risaukan.

Sebaliknya,fokuslah kepada semua hal yg BAIK2 sedang terjadi padamu sekarang.

Bila kamu terjebak kesesakan dijalan,Janganlah marah,Sebab masih ramai lagi orang di Dunia ini yang tidak pernah memiliki kereta seumur hidupnya.

Bila kamu berhadapan dengan masalah di tempat kerja,Berfikirlah bahwa masih ramai orang yang menganggur bertahun2 tanpa pekerjaan.

Bila kamu sedih krn hubungan keluarga,fikirkanlah orang2 yang belum pernah merasakan mencintai dan dicintai.

Bila kamu merasa bosan dengan akhir minggu,fikirkanlah orang2 yang harus lembur siang malam tanpa masa untuk menghiburkan keluarga & anak2nya.

Bila kenderaanmu rosak & mengharuskan kamu berjalan kaki,
Janganlah marah,fikirkanlah orang2 cacat yang sangat ingin merasakan berjalan diatas kaki sendiri.

Bila kamu melihat dicermin rambutmu mulai beruban,
Janganlah bersedih,sebab mempunyai rambut hanyalah merupakan impian bagi orang2 yang dalam perawatan Kemoterapi.

Bila kamu merenungi makna hidupmu di Dunia ini & merenungi apa tujuan hidup mu ini ?

Bersyukurlah.. krn ramai lagi orang yang tidak punya kesempatan hidup
yang cukup lama untuk merenungi hidup mereka.