Saturday, February 26, 2011

WASIAT SEBAGAI PEDOMAN..

10 WASIAT IMAM HASSAN AL BANNA


1.APABILA MENDENGAR AZAN, MAKA BANGUNLAH SEMBAHYANG SERTA MERTA WALAUBAGAIMANA KEADAAN SEKALIPUN

2.BACALAH AL QURAN TATAPILAH BUKU-BUKU ILMU, PERGILAH KE MAJLIS ILMU, AMALKANLAH ZIKRULLAH DAN JANGANLAH MEMBUANG MASA DALAM PERKARA YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT

3.BERUSAHALAH UNTUK BERTUTUR DALAM BAHASA ARAB KERANA BAHASA ARAB ITU ADALAH SYIAR ISLAM

4.JANGANLAH BERTENGKAR DALAM APA-APA PERKARA SEKALIPUN KERANA PERTENGKARAN YANG KOSONG TIADA MEMBERI APA-APA  KEBAIKAN

5.JANGANLAH BANYAK KETAWA KERANA HATI YANG SENTIASA BERHUBUNG DENGAN ALLAH ITU SENTIASA TENANG LAGI TENTERAM

6.JANGANLAH KUAT BERGURAU KERANA UMAT YANG SEDANG BERJUANG ITU TIDAK MENGERTI MELAINKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM SETIAP PERKARA

7.JANGANLAH BERCAKAP LEBIH NYARING DARIPADA KADAR YANG DIKEHENDAKI OLEH PENDENGAR KERANA PERCAKAPAN YANG NYARING ITU ADALAH SUATU RESMI YANG SIA-SIA MALAH MENYAKITI ORANG

8.JAUHILAH DARIPADA MENGUMPAT PERIBADI ORANG,MENGENCAM PERTUBUHAN-PERTUBUHAN DAN JANGANLAH BERCAKAP MELAINKAN APA-APA YANG MEMBERI KEBAJIKAN

9.BERKENAL-KENALLAH DENGAN SETIAP MUSLIM YANG DITEMUI KERANA ASAS GERAKAN DAKWAH KITA IALAH BERKENALAN DAN BERKASIH SAYANG.

10.KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA PADA KITA. OLEH ITU, GUNAKANLAH MASA DENGAN SEBAIK BAIKNYA DAN RINGKASKANLAH PERLAKSANAANNYA.

WASSALAM...TARBIYAH DIRI KEHIDUPAN HAKIKI...

p/s Asssalamualaikum..in collaboration dengan apa yang disampaikan oleh penulis,admin mengesyorkan pembaca untuk mengenali Al-Imam AlSyahid Hassan Al-Banna dengan lebih dekat lagi untuk kita mengambil hikmah dari beliau.Mungkin ada yang dah mengenalinya,dan mungkin juga ada yang belum pernah mendengar nama ini.Jadi, selamat meng'GOOGLE' dan selamat ber'Learing Issue'.. :)  

Thursday, February 24, 2011

UJIAN~~

   Bismillahirahmanirrahim…pertama sekali setinggi kepujian dipanjatkan kehadrat Illahi, Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’ tabiin dan muslimin dan muslimat. 

   Bercerita tentang ujian, memang secara lumrahnya, manusia tidak dapat menghindarkan diri atau mengelak daripada menerima ujian daripada Allah SWT termasuk diri ini. Mungkin, terkadang kita rasa benci, marah, atau tension apabila kita sedang mengharungi sesuatu kesulitan… dan mungkin jua kita akan bertindak dalam luar kawalan atau batasan kita.

   Namun, cuba kita renung sejenak, berfikir.. adakah betul tindakan kita? Kepada siapakah kita benci dan marah? Adakah benci kepada dugaan atau masalah itu? Kalaulah benar benci itu ditujukan kepada dugaan yang menimpa diri, bermakna secara tidak langsung kita bencikan Pencipta kepada masalah itu sendiri iaitu Allah SWT. Oleh kerana itu, bersabarlah dalam mengharungi ujian. “memang senang cakap sabar, tapi....

Sunday, February 20, 2011

Study medik pun ibadah?


Assalamulaikum~
            Alhamdulillah aku sempat menyertai kuliah pertama fiqh perubatan yang berlangsung di UPM pada hari Sabtu lepas. Kepada kawan2 yang terlepas, jangan risau sebab itu hanyalah kuliah pengenalan. Semoga kita berkesempatan  untuk menyertai kuliah2 seterusnya insyaAllah. 
Jadi tahukah anda semua apa itu fiqh medic?
Jadi fiqh atau fekah ialah:

 "ilmu yang membicarakan hukum-hukum syarak dari segi amalan yang diambil dengan hujjah-hujjah yang terperinci"
~sumber- Mr. Google

Jadi mesti semua dah dapat agak kan apa maksud fiqh perubatan? Untuk diringkaskan post ni, seminar fiqh perubatan tu ialah bertujuan untuk mendedahkan kita tentang undang2 atau hukum2 agama yang kita perlukan dalam menjalani kehidupan kita sebagai pelajar perubatan atau doktor kelak. Perlukah ilmu nih? Anda tengok contoh2 dibawa dan kemudian u decide by ur own. 

Dr. A: Tadi aku buat operation kat patient smalam tu dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 ptg. Zohor dah  terlepas qada’ la pasni. (P/s: Bleh ke?)

Pesakit B: pak cik ni pakai beg kencing ni.. (urinary catheter) bleh solat ka Dr. ni.. kan ka najis ni.. (P/s: Ha bleh x kawan2?)

Consultant C: U medical student. If u want to observe this cataract operation U need to take off ur scarf bcoz we afraid that this might cause infection n worsen the patient’s condition. (P/s: nak bukak tudung ka kawan2? Xnak blajar?  Kita medical student sj sapa la yang nak pandang? Sapa yg nak perjuangkan isu ni untuk kita?)

Dan banyak lg sebenarnya isu2 halangan ataupun dilema dalam kita nak amalkan islam secara keseluruhannya dalam perubatan ni.  Ha penting tak?
Itulah serba sedikit berkenaan kepentingan fiqh perubatan. Tapi yang best nya aku bukan nak cerita berkenaan fiqh perubatan skang nih. Merujuk kepada tajuk kat atas, sebenarnya aku nak berkongsi sesuatu yang aku terfikir berkaitan seminar tu. Sewaktu berhadapan dengan dilema dalam membuat keputusan samada nak ke kuliah siri pertama tu atau tak, aku cuba buat perbandingan sket2. Mana lagi penting, 

Thursday, February 17, 2011

Assalamualaikum
cepat betul masa berlalu..
pejam-celik pejam-celik skarang kita dah nak sampai ke pengakhir modul CNS.
mungkin ada diantara kita yang dah down, tertekan dan sebagainya.
kalau kita tengok video yang prophylaxis post diatas ni, betapa payahnya mereka umat yang terdahulu mencipta kegemilangan Islam dalam pelbagai bidang ilmu.

Belum kita lihat dari segi kesukaran serta pengorbanan mereka yang terdahulu untuk memastikan bidang ilmu dikuasai oleh kita umat Islam.

Jika nak dibandingkan dengan kita yang hanya baca  dari apa yang sudah terpampang pada lecture note, siapkan MES hasil tiru dari kawan dan PBL yang disiapkan di akhir-akhir saat..
namun kita jualah yang paling banyak mengeluh.

jadi percayalah,

'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..'
(Al-Baqarah 286)

Muhasabah untuk kawan-kawan serta diri sendiri terutamanya.

Selamat Berjaya SEmua dalam EOM CNS.
So..
Now Its Our Turn!- 
Towards Profesional Muslims
-Prophylaxis-
(Sumber : Medical Symposium The 2nd)

Wednesday, February 16, 2011

Mencari sumber kekuatan...


Dalam hujung-hujung modul neuroscience ni,kita mesti sibuk,nak study,nak buat mes,pbl lagi.Hal-hal seumpama ini tidak semena-mena menjadi pathogenesis kepada headache,loss of appetite,unstable mood,insomnia,narcolepsy(hopefully) dan lain2.sequelaenye,jadi serabut,perasaan sentiasa tak cukup masa

Monday, February 14, 2011

Jom sambut kekasih!




Fuh,rindu seyh. Kata Abi pada Isam seusai solat asar. Lalu dikeluarkan "pick guitar" dari dompet. Dicapainya guitar kapok"  yang hampir pudar warna coklatnya. "Mari aku dengarkan suara hati aku pada kau dengan satu lagu plucking "Kata Abi mengusik sahabatnya. Iye..Iye..jer kau ni"Kata Isam sambil jarinya mencucuk-cucuk perut Abi. Eh, gelilah.Aku nak main ni, kau nak dengar tak? OK..OK
Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua....

Pergh, IKLIM Suci dalam debu tuu."Sampuk Isam. Eh, jap dulu tak abis lagi ni."Abi memotong.
Cinta bukan hanya di mata,
(Sebab kita tak pernah tengok nabi)

Friday, February 11, 2011

cuma gmbar biasa dan message yg xsberapa

hidup punya satu tujuan. mengejar syurga itu wajib, bukan lagi pilihan.


Ayuh sahabat kita cuba sabar dan senyum menghadapi perjalanan hidup yang pelbagai ini kerana kita tidak tahu apa yang akan menanti kita di depan sana.Seandainya kita jatuh, bangun semula, jatuh lagi, terus bangkit lagi, teruskan langkah kehadapan sehingga ketemu jannah yang indah ‘disana’ kelak.
InsyaAllah..amin. :)

Ahlan Wa sahlan

Prophylaxis0914.blogspot merupakan satu laman kendalian Exco pembangunan Insan dan
kerohanian(EPIK) pelajar perubatan UKM yang mendaftar pada tahun 2009.

Propylaxis. Merupakan “medical jargon” yang membawa maksud suatu tindakan yang
diambil untuk mencegah sesuatu penyakit dari berlaku.

Kami memilih term prophylaxis atas kesedaran terhadap pentingnya pencegahan terhadap
sesuatu penyakit sebelum ianya berlaku. Tidak kira samada penyakit berkaitan rohani
atau jasmani.

Dengan menggunakan trademark “ preventation is better than cure”, diharapkan dapat
memberi gambaran yang lebih jelas terhadap tujuan laman ini ditubuhkan.

Semoga pembikinan laman ini memberikan sedikit sumbangan kepada Ummah inshaAllah.
wallahu’alam bissawab.

PROPHYLAXIS
“prevention is better than cure”

Segala masalah/cadangan/pendapat/kritikan boleh diemailkan ke nirul_isd@yahoo.com
"Let's prevent disease by jadi follower Prophylaxis0914.blogspot"