Sunday, February 20, 2011

Study medik pun ibadah?


Assalamulaikum~
            Alhamdulillah aku sempat menyertai kuliah pertama fiqh perubatan yang berlangsung di UPM pada hari Sabtu lepas. Kepada kawan2 yang terlepas, jangan risau sebab itu hanyalah kuliah pengenalan. Semoga kita berkesempatan  untuk menyertai kuliah2 seterusnya insyaAllah. 
Jadi tahukah anda semua apa itu fiqh medic?
Jadi fiqh atau fekah ialah:

 "ilmu yang membicarakan hukum-hukum syarak dari segi amalan yang diambil dengan hujjah-hujjah yang terperinci"
~sumber- Mr. Google

Jadi mesti semua dah dapat agak kan apa maksud fiqh perubatan? Untuk diringkaskan post ni, seminar fiqh perubatan tu ialah bertujuan untuk mendedahkan kita tentang undang2 atau hukum2 agama yang kita perlukan dalam menjalani kehidupan kita sebagai pelajar perubatan atau doktor kelak. Perlukah ilmu nih? Anda tengok contoh2 dibawa dan kemudian u decide by ur own. 

Dr. A: Tadi aku buat operation kat patient smalam tu dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 ptg. Zohor dah  terlepas qada’ la pasni. (P/s: Bleh ke?)

Pesakit B: pak cik ni pakai beg kencing ni.. (urinary catheter) bleh solat ka Dr. ni.. kan ka najis ni.. (P/s: Ha bleh x kawan2?)

Consultant C: U medical student. If u want to observe this cataract operation U need to take off ur scarf bcoz we afraid that this might cause infection n worsen the patient’s condition. (P/s: nak bukak tudung ka kawan2? Xnak blajar?  Kita medical student sj sapa la yang nak pandang? Sapa yg nak perjuangkan isu ni untuk kita?)

Dan banyak lg sebenarnya isu2 halangan ataupun dilema dalam kita nak amalkan islam secara keseluruhannya dalam perubatan ni.  Ha penting tak?
Itulah serba sedikit berkenaan kepentingan fiqh perubatan. Tapi yang best nya aku bukan nak cerita berkenaan fiqh perubatan skang nih. Merujuk kepada tajuk kat atas, sebenarnya aku nak berkongsi sesuatu yang aku terfikir berkaitan seminar tu. Sewaktu berhadapan dengan dilema dalam membuat keputusan samada nak ke kuliah siri pertama tu atau tak, aku cuba buat perbandingan sket2. Mana lagi penting, 

examkah? Seminar ni kah? Nak dijadikan cerita waktu beta..eh, aku,berfikir2, teringat pulak tentang alasan yang selalu kita sebagai seorang pelajar gunakan pada diri bila malas nak p ceramah ka, majlis2 ilmu agama atau sebagainya lah. 

Jadi menuntut ilmu satu ibadat? Ya betul.
Jadi study medic pun suatu ibadat? Ya betul.
Jadi kenapa x bleh fokus kepada study medik? Bukankah nanti kalau ilmu medik kita x cukup boleh memudaratkan orang lain? Ya betul.(Bagi aku secara peribadi masih betul).

Tapi bolehkah ini dijadikan alasan untuk kita abaikan ilmu fardhu ain dan keperluan agama kita?, mengabaikan proses tarbiah kita?
Tanpa ilmu akidah bolehkah keajaiban tubuh badan manusia dihayati sebagai suatu ciptaan Allah yang hebat dan seterusnya meningkatkan keimanan kita? (walaupun anat semua dah terer kalah Frank Netter)
Tanpa ilmu ibadat mampukah kita menjalankan kehidupan kita sebagai dokor MUSLIM dengan sempurna nanti? walaupun pandai potong orang tapi xtau pun bleh qada’ solat ka tak klu operate patient dalam tempoh yang lama.

Tanpa hubungan yang kuat dengan Allah (yang boleh diperoleh melalui aktiviti agama) bolehkah kita meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada Allah dalam menentukan nasib pesakit kita nanti atau lulus gagalnya exam kita skang ni? Ya la ilmu perubatan kita kan dah terbaik hasil sungguh2 study.
Kesimpulannya, ya ilmu duniawi, ilmu perubatan kita sekarang amat penting dan kita perlu meletakkan sepenuh jiwa dan raga untuk menguasainya. Perlu! 

Tapi mampukah ilmu2 itu menjadi suatu ibadat dan membawa kita kepada goal kita yang sebenar iaitu syurga Allah sekiranya kurangnya ilmu dan penghayatan agama kita?
Adakah kita semua nak jadi seperti kes orang2 yang mengejar ekonomi yang mantap dalam niat untuk membahagiakan keluarga tapi dalam uasaha tu keluarga yang terabai?
Kadang2 kita smua ni terlalu mengejar kesempurnaan alat ataupun bahan hingga terlupa yang kita nak ialah hasilnya.

Kesimpulannya kawan2, marilah kita bersama2 muhasabah dan cuba untuk membahagi dan mengimbangi masa dengan baik agar kita selamat dan berjaya di dunia juga di akhirat insyaAllah.
Jadi...study medik itu suatu ibadah? Ya if and only if (jika dan hanya jika) Allah redha. Bagaimana ye? =)

~syairah sulaiman~

3 comments:

  1. assalamualaikum..

    mungucap syahadah,mengaku tiada tuhan yg disembah melaihkan Allah,mengaku percaya kpd rukun islam yg 5 dan 6 rukun iman.tapi kenapa kita mempertaruhkan 100% kejayaan dan masa depan pada usaha dan mengenepikan Sang pencipta yg sbenarnya penentu qada' dan qadar kita?usaha itu sangat penting tapi ingatlah kita hamba hina yg hanya mampu merancang tapi Allah yg menetukan segala2nya.Adakah 1 hari nanti,bila kita sudah berjaya,kita dgn megahnnya berkata.."semua kejayaan adalah hasil usaha dan titik peluh aku sendiri.."
    wallahualam..

    ReplyDelete
  2. tertanya persoalan kedua bro tadi "Pelajar perempuan buka tudung" boleh explain or kongsi ilmu?? thanks

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wan blur..
    post ni ditulis oleh syairah dan admin wakil kan saja untuk menjawab persoalan anda.tentang persoalan itu mungkin kita boleh bincang dalam slot fiqh perubatan nanti.tapi,apa kata wanblur join sekali program fiqh perubatan tu.mesti bole dapat penerangan yang lebih jelas.insyaAllah.. :)

    ReplyDelete