Thursday, February 24, 2011

UJIAN~~

   Bismillahirahmanirrahim…pertama sekali setinggi kepujian dipanjatkan kehadrat Illahi, Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’ tabiin dan muslimin dan muslimat. 

   Bercerita tentang ujian, memang secara lumrahnya, manusia tidak dapat menghindarkan diri atau mengelak daripada menerima ujian daripada Allah SWT termasuk diri ini. Mungkin, terkadang kita rasa benci, marah, atau tension apabila kita sedang mengharungi sesuatu kesulitan… dan mungkin jua kita akan bertindak dalam luar kawalan atau batasan kita.

   Namun, cuba kita renung sejenak, berfikir.. adakah betul tindakan kita? Kepada siapakah kita benci dan marah? Adakah benci kepada dugaan atau masalah itu? Kalaulah benar benci itu ditujukan kepada dugaan yang menimpa diri, bermakna secara tidak langsung kita bencikan Pencipta kepada masalah itu sendiri iaitu Allah SWT. Oleh kerana itu, bersabarlah dalam mengharungi ujian. “memang senang cakap sabar, tapi....
yang hadapi semua ni adalah aku”…ungkapan yang biasa diungkapkan(termasuk diri si penulis..huhu)apabila ada orang menasihati kita supaya bersabar.. tapi ketahuilah bahawa cuma itu saja cara yang begitu effective untuk kita menghadapi kesulitan. Sesungguhnya setiap ujian yang diberikan kepada kita merupakan bukti kecintaan Allah kepada kita,bukti betapa kasihnya Allah sebagai pencipta kepada hamba-hambaNya.. Cuma kita terkadang tidak menyedari. 

   Saya nak kongsi satu cerita…… ada seekor monyet yang sedang bergayut di satu pohon, tiba-tiba datang angin yang sangat kencang menyapanya. Kemudian si monyet ni pun, dengan tenaga yang dia ada, dia berpegang pada batang pohon tersebut dengan begitu kuat sekali sehinggalah angin tersebut hilang. Kemudian, datang pulak angin sepoi-sepoi bahasa…monyet ni pun berasa sangat selesa sehingga tertidur. BOK!! Akhirnya jatuhlah si monyet ni ke tanah.

 
   Pengajaran yang saya nak bawa di sini adalah janganlah mudah rasa selesa dengan kesenangan yang kita peroleh…  ingatlah bahawa kesenangan jua merupakan satu bentuk ujian kepada kita dan bukan hanya kesusahan. Nikmat kesenangan lebih berbahaya berbanding musibah yang menimpa diri..kerana dengan nikmat itu, kita amat mudah sekali untuk lalai daripada mengingati Pencipta kita, mudah untuk melupakan tugas kita sebagai pelajar, anak, dan khalifah di muka bumi ini.
Kadang-kadang, apabila kita menghadapi sesuatu musibah, kita mungkin berfikir bahawa Allah menghinakan atau bencikan kita..manakala apabila kita memperoleh sesuatu kesenangan, kita mungkin berfikir bahawa Allah memuliakan kita. Namun, tidak sesekali demikian. 
‘maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannyadan memberinya kesenangan,maka dia berkata, “ Tuhanku telah memuliakan ku”, namun apabila tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya,maka dia berkata, “Tuhanku telah menghina ku”. Sekali-kali tidak!’(89:15-17)
   Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa kesenangan atau kesusahan bukan lah tanda Allah membenci atau memuliakan kita.. Jadi, setiap kali menghadapi ujuan, berprasangka baik lah pada Allah. Tidak kiralah apa bentuk dugaan sekalipun mahupun nikmat atau musibah. Bagi manusia yang dapat menghadapi dugaan dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran, darjat mereka akan diangkat satu darjat… dan jangan terpedaya dengan satu darjat itu, jangan memandang ringan kerana satu darjat itu diumpamakan seperti langit dan bumi…masyaAllah, begitu tinggi sekali!
Setakat ini shaja perkongsian yang dapat diberikan…mohon maaf jika ada kesilapan atau kekurangan, insyaAllah yang akan datang akan bertambah baik lagi. Sekian, wassalam.

p/s: daripada denyutcintamedik



No comments:

Post a Comment