Monday, February 14, 2011

Jom sambut kekasih!




Fuh,rindu seyh. Kata Abi pada Isam seusai solat asar. Lalu dikeluarkan "pick guitar" dari dompet. Dicapainya guitar kapok"  yang hampir pudar warna coklatnya. "Mari aku dengarkan suara hati aku pada kau dengan satu lagu plucking "Kata Abi mengusik sahabatnya. Iye..Iye..jer kau ni"Kata Isam sambil jarinya mencucuk-cucuk perut Abi. Eh, gelilah.Aku nak main ni, kau nak dengar tak? OK..OK
Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua....

Pergh, IKLIM Suci dalam debu tuu."Sampuk Isam. Eh, jap dulu tak abis lagi ni."Abi memotong.
Cinta bukan hanya di mata,
(Sebab kita tak pernah tengok nabi)

Cinta hadir di dalam jiwa,
(sebab rindu pada nabi atas dasar iman)

Biarlah salah di mata mereka
(Sebab diorang tak tahu siapa yang cinta Allah perlu ikut nabi)

Biar perbezaan terlihat antara kita
(Kerana engkau maksum tapi aku tak)......

Jap aku chorus terus, 
Suatu hari nanti(iaitu hari penghisaban di padang masyhar)
Pastikan bercahaya(cahaya disebabkan air wudu')
Pintu akan terbuka(Pintu syurga dan nikmat terpampang luas)
Kita langkah bersama(Aku ingin langkah bersamamu ya rasulullah saw)

Amacam Isam? Ya Allah, terima kasih lah Abi, Jom kita banyakkan selawat pada Nabi
saw. Teringat aku satu hadis brader tadi baca dalam 
Riyadus solihin, Bab selawat kepada Rasulullah saw. 
"Barangsiapa yang membaca shalawat kepadaku sekali shalawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali shalawat tadi." 
(Riwayat Muslim) - 
Eh, Abi dah nak  maghrib ni,Jom bersihkan diri dulu, Kata cinta nabi...Hehe, 

[nama2 watak dalam post ini tiada kaitan dgn antara yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia] :)

3 comments: