Friday, November 25, 2011
Thursday, November 24, 2011
PROGRAM KURSUS KAHWIN ANJURAN PPUKM
1) kepada peserta UKM sahaja, anda boleh membuat bayaran di kaunter yang akan dibuka di kafe makyong
(sehingga 25/11/2011-kaunter akan dibuka pada 12-2 tghri di kafe makyong @ bank in ke akaun CIMB: 01025041657524- SHAFIQAH BINTI ABDULLAH. )
2) kpd pserta luar (tidak kira pelajar atau bekerja) yg telah memberi nama kursus kahwin, sila confirmkn khadiran anda dengan membuat bayaran sebelum jam 6 ptg 25/11/2011 ke no akaun
CIMB: 01025041657524- SHAFIQAH BINTI ABDULLAH.
*peserta PELAJAR UKM=rm40 (bayar di kaunter kafe makyong)
*peserta luar ( bekErja/IPTA/IPTS selain UKM)=rm50 (bayaran ke CIMB bank
mohon maaf kerana pihak JAWI telah mngeluarkan pekeliling pserta tidak boleh melebihi 150 org dan kursus kahwin trpaksa dilaksanakan 2 hari (tentatif seperti di atas).
jdi dsini kmi pihak organisasi mmbuat pilihan berdasarkn pembayaran awal oleh peserta ( ini hanyalah valid kepada peserta yang pernah menghantar nama kpd kami sebelum ini shja. pserta baru tidak diambil kira)
sila inform kpd kmi slps mbuat byran, agar nama anda trmasuk dlm snrai pserta 150 trwal.
kami akan hubungi setiap peserta yang termasuk dalam 150 peserta terawal.
transport hanya available utk pelajar ukm KCKL
1) 1 bas dari fakulti, 1 bas dri KTSN 1
transport hanya available utk pelajar ukm KCKL
1) 1 bas dari fakulti, 1 bas dri KTSN 1
untuk peserta yang terpilih, sila berbuat demikian
1)datang pada pukul 7.30pagi di auditorium, HUKM cheras
2)sila bawa salinan ic photostat
3)pastikan anda hadir dan menepati masa pada semua sesi, jika tidak sijil tidak akan dikeluarkan.
harap maklum.
Monday, October 24, 2011
Hasbi rabbi jallallah - Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah - There is nothing in my heart except Allah
Memang susah untuk berubah. Untuk hidup hanya ada Allah dihati. Memang,manusia tak pernah lari dari kesilapan. Manusia tak sempurna.Tapi itu bukan alasan. Apa yang perlu, berdoa dan terus berusaha.InsyaAllah.
Tuesday, August 16, 2011
cerpen: Ramadhan Shila 2
3 januari 2009 merupakan hari paling bermakna dalam kehidupan Shila
apabila dia bertekad menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Tiada
lagi warna dirambutnya. Kini rambut itu tertutup rapi dengan
tudung-tudung yang baru dibelinya. Telekung yang berhabuk dalam
almarinya kini tidak lagi terlipat kemas dalam almarinya. Kini telekung
itu yang disarung lima kali sehari. Kini telekung itu yang disarungnya
saat diri tertekan tandanya kini apa jua masalah yang dihadapinya,
segalanya diadukan kepada Allah dalam sujudnya.
Shila bertekad pulang ke Malaysia selepas tamat pengajiannya di US. Kini, Shila hidup sendirian. Namun tidak pernah pula dirasakan sunyi kerana dia ada Allah yang sentiasa bersamanya. Bulan berganti bulan, kini shila menghitung hari menanti detik datangnya Ramadhan. Kerana dia rindu untuk berpuasa dibulan mulia itu. Dia tidak sabar memulakan ibadah puasa yang sebenarnya. Dia tidak sabar untuk bersahur, berbuka puasa, solat terawih seperti yang diajarkan oleh Aida suatu ketika dahulu. Dia tidak sabar lagi merasakan nikmatnya menahan nafsu dari melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan.

Monday, August 8, 2011
Cerpen : Ramadhan Shila (1)
Hujan renyai-renyai di pagi itu membuatkan Shila berlari-lari anak
pulang kerumahnya. Memang menjadi kebiasaan Shila untuk bersiar-siar
ditaman di hadapan rumahnya mencari tenang di hati seusai solat subuh.
Shila kini bukan lagi seperti Shila yang dulu. Baru beberapa bulan Shila
tekad menjalani kehidupan sebagai muslim sepenuh masa. Sebelum ini
Shila tidak kenal erti solat. Telekung untuk solat pun berhabuk dalamalmari rumahnya. Terakhir dia menyentuh telekung itu adalah saat-saat
dia diijab kabul dengan suaminya 4 tahun lalu. Itupun telekung itu hanya
menjadi hantaran perkahwinan semata-mata. Dan beberapa bulan lepas,
Shila tekad ‘menyentuh’ kembali telekung yang disimpan rapi dalam almari
rumahnya.
Hatinya sayu. Sampai dirumah, Shila lantas membuka peti sejuk rumahnya dan mencapai air mineral sebagai penghilang dahaga. Saat-saat menuang air ke dalam gelas, matanya terpandang kalendar didinding rumahnya.
“ Hari ini 23 Sya’ban.” Monolog hatinya.
“ Maknanya lagi 7 hari la nak masuk Ramadhan.” Hati kecil wanita itu sambung bermonolog.
Tiba- tiba hatinya menjadi semakin sayu. Bimbang adakah masih ada harapan untuk dia bernafas di 1 Ramadhan kali ini. Orang lain mungkin punya sebab tersendiri mengapa tidak sabar menanti Ramadhan saban tahun. Namun bagi Shila, dia mungkin satu antara seribu muslim yang punya alasan tersendiri mengapa hati sayu menanti Ramadhan kali ini. Ramadhan kali ini paling dinanti Shila kerana ini Ramadhan pertama yang mungkin akan memberi makna kepada Shila.
Ramadhan Shila dulu…………..

Monday, July 25, 2011
teka teki teka tekuk~~
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Friday, July 15, 2011
[syukran]
KEPADA : KAMU
TARIKH: HARI INI
DARI : AKU
TAJUK : BERSYUKUR
Ini AKU..
Hari ini AKU yang akan cuba menyelesaikan semua masalahmu.....
Catatan :1001 penuh makna bagiku..(hati ini)
Dan ingat,Bila Dunia ini menghadirkan masalah yang tidak dapat kamu
tangani sendiri,Jangan berusaha menyelesaikan masalah itu.
Tetapi,Letakkanlah saja masalah itu diboxKU untuk KUselesaikan..
AKU akan menyelesaikan masalahmu sesuai JADUAL yang AKU tentukan sendiri.
Semua masalahmu PASTI akan AKU selesaikan,tetapi sesuai dengan jadualku, bukan jadualmu.
Setelah semua masalahmu kamu letakkan dalam Box,Janganlah kamu fikirkan & risaukan.
Sebaliknya,fokuslah kepada semua hal yg BAIK2 sedang terjadi padamu sekarang.
Bila kamu terjebak kesesakan dijalan,Janganlah marah,Sebab masih ramai lagi orang di Dunia ini yang tidak pernah memiliki kereta seumur hidupnya.
Bila kamu berhadapan dengan masalah di tempat kerja,Berfikirlah bahwa masih ramai orang yang menganggur bertahun2 tanpa pekerjaan.
Bila kamu sedih krn hubungan keluarga,fikirkanlah orang2 yang belum pernah merasakan mencintai dan dicintai.
Bila kamu merasa bosan dengan akhir minggu,fikirkanlah orang2 yang harus lembur siang malam tanpa masa untuk menghiburkan keluarga & anak2nya.
Bila kenderaanmu rosak & mengharuskan kamu berjalan kaki,
Janganlah marah,fikirkanlah orang2 cacat yang sangat ingin merasakan berjalan diatas kaki sendiri.
Bila kamu melihat dicermin rambutmu mulai beruban,
Janganlah bersedih,sebab mempunyai rambut hanyalah merupakan impian bagi orang2 yang dalam perawatan Kemoterapi.
Bila kamu merenungi makna hidupmu di Dunia ini & merenungi apa tujuan hidup mu ini ?
Bersyukurlah.. krn ramai lagi orang yang tidak punya kesempatan hidup
yang cukup lama untuk merenungi hidup mereka.

Sunday, July 10, 2011
Believer
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”
Lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali.
Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saiyidina Abu Bakar As Siddiq. Saiyidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.
“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?” Tanya Abu Bakar
“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”
“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”
“Aku telah menjadi munafik!” Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.
Saiyidina Abu Bakar terkejut.
“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”
Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan.
Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.
Hati mereka gementar.
Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”
Rasulullah bertanya. “Kenapa?”
“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”
Rasulullah tersenyum.
Lantas baginda bersabda,
“Demi yang jiwaku di tangan-Nya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. HR. Muslim.
Alhamdulillah.Teringat seorang teman yang pernah menceritakan kisah ini.Mari berdoa semoga hati terus kuat, ikhlas beribadah dan mendapat rahmat serta redha Allah SWT.InsyaAllah.
Tuesday, June 28, 2011
you snooze,you lose!
nuhasabah untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat =)
p/s : sila baca description
8 PERKARA DARI ALLAH BUAT UMAT NABI MUHAMMAD
"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas
terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya
terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya
wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi
s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah
Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke
suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai
. Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam
kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu
berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!"
Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus
untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun
dari umat yang lain sebelummu iaitu:-
1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu
3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu

5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga
terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2
sebelum kamu..
6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu
7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah
8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu
"Kesemua keutamaan2 ini adalah kerana engkau, hai Muhammad dan kerana berkatmu."

Sunday, June 26, 2011
something from E.P.I.K
Wednesday, June 8, 2011
Mak cik yang memberi makna..
Dari sebuah katil di wad sebuah hospital di Cheras, mampu diambil pengajaran darinya. seorang wanita separuh umur,communicative,responsive,not in pain,lying comfortably on her bed, sedang terkumat kamit berzikir. Namun,ternenti bila diterpa seorang dua pelajar perubatan tahun 3.Nak berbual-bual sikit dengan mak cik katanya. Tak sangka,disebalik keceriannya,bukan saja ada sejarah kelurga,sejarah sosial tapi juga pernah ada sejarah sengsara. Kata mak cik, dulu masa muda-muda,sihat,badan pun kuat,bertenaga tapi jauh dari Tuhan.Banyak buat kesilapan.Semakin ditimpa masalah, semakin jauh dariNya. Tapi,Alhamdulillah,sekarang mak cik dah sedar.mak cik nak habiskan masa dengan pergi majlis-majlis ilmu,belajar tentang agama. Walaupun dulu muda dan fizikal kuat, tapi rasanya sekarang mak cik rasa jauh lebih kuat bila berada dekat dengan Allah even mak cik terlantar atas katil macam ni.Ya,kekuatan bukan semata-mata fizikal mak cik,tetapi dari rohani dan spiritual.
Alhamdulillah,mak cik perlu bersyukur,Allah sayang sayang kat mak cik.Walaupun dulu mak cik banyak bersalah denganNya,Dia tak benci pun mak cik.Dia masih beri hidayahNya kat mak cik.Yang dah berlalu biarkan berlalu. Mungkin kesakitan dan dugaan Tuhan untuk mak cik adalah kerana Dia nak mak cik lebih mengingatiNya.Lebih dekat lagi.Dan bersyukur kerana ramai lagi makcik-makcik sebelah-sebelah katil yang lebih teruk keadaannya.Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. InsyaAllah Dia ada perancangan yang lebih baik lepas ini.Teruskan berdoa.Get well soon mak cik.

'Yang telah menciptakan aku,maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku,'
'dan Yang memberi makan dan minum kepadaku'
'dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku'
'dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku kembali'
'dan Yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat'
(Asy-Syu,ara' : 78-82)
Friday, June 3, 2011
MALU UNTUK MENJAUHI MAJLIS ILMU
Malu yang
dianjurkan ialah malu melarikan diri dari majlis ilmu
“Ketika Rasulullah sedang duduk di dalam masjid, dikelilingi
oleh para sahabat, tiba-tiba datang 3 org lelaki. 2 org mendatangi majlis
Rasulullah dan seorang lagi pergi. Kedua-dua orang itu berdiri dihadapan
Rasulullah. Salah seorang daripada mereka melihat ruang kosong di dalam majlis
itu lalu dia duduk di situ. Seorang lagi duduk di bahagian belakang. Sementara
orang ketiga meninggalkan majlis.
Apabila Rasulullah selesai menyampaikan ilmunya, Baginda
bersabda : ‘Mahukah kalian aku beritahu kedudukan ketiga-tiga orang tadi? Bagi
orang pertama, dia berlindung kepada Allah, maka Allah pun melindunginya. Orang
kedua, dia malu, maka Allah malu terhadapnya. Sedangkan orang ketiga, dia
berpaling, maka Allah pun berpaling daripadanya.”
Jika kita
malu untuk meninggalkan majlis ilmu, maka Allah pun akan malu terhadapnya,
iaitu Allah merahmatinya dan tidak menghukumnya. Inilah rasa malu yang
dituntut. Malu untuk menjauhi majlis ilmu.
Solusi ed.
32
Wednesday, May 18, 2011
Surgery.O&G.JKM.Internal Medicine
Saturday, April 30, 2011
Allah,beri kami kekuatan..
" Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya,
Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya),
Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,
Dan sesungguhnya kapada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu),
Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis,
Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan"
(An-Najm:39-44)
Thursday, April 21, 2011
My Foot Is Better Than Your Face!!
MUSLIMAH VS PRAMUGARI
seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya...
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

Saturday, April 16, 2011
Doc,Saya Sakit!
"Tidaklah
seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan
menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah
tak jadikan sakit tu sia sia..Dia jadikan sakit tu sebagai kaffarah dosa dosa
kecil..Tengok,betapa sayangnya Allah pada kita..Tapi apa kita buat?Jom renung
situasi situasi di bawah:
Situasi
pertama:
Waduh
waduh,asyik bersin aja kerjanya..Besok aku maw pergi buat plastic surgery
lah..Maw tukar hidungku biar jadi lebih mancung daripada Tyra Banks dan
Beyonce.. Selsema hilang,hidung pon menjadi cantek!*hish nie baru la namenye
tak reti nak bersyukur.
Situasi
kedua:
Ah,semua
nie salah ayah sebab bagi gene yang allergic nie kat aku!*nauzubillah..Mase
miosis kan
gene arranged randomly..Dapat gene mane mane pon,itu takdir Tuhan*
Situasi
ketiga:
Alhamdulillah,moga
sakit nie menjadi penghapus dosaku..Sikit je Allah nak bagi sakit
nieyh..Punyelah banyak nikmat Dia bagi kat aku tak kanlah nak mengeluh,nak
mengadu lagi..Kalo tak caye try lah listkan sume nikmat yang ada dari udara
yang kita sedut sampailah pada tiap2 cell yang bekerjasama menjadi human
body..Subhanallah!Tak terhitung nikmatMu Tuhan..
Kita
di situasi yang mana?*situasi situasi di atas hanyalah analog kepada hamba yang
tak reti bersyukur,hamba yang menyalahkan takdir dan hamba yang bersyukur dan
redha*
Sakit
boleh jadi equal to keredhaan or kemurkaan Allah..
Sakit
equal to keredhaan Allah bila kita sabar dengan ujianNya dan sakit akan jadi
equal to kemurkaan Allah bila kita tak habis habis menyalahkan takdirNya..
Tapi,boleh
aja kalo nak mengadu pasal rasa sakit kat doktor atau sahabat*bukan sahabat
berlainan jantina okeh!Ada
batasan yang perlu di jaga ^^*, asalkan ia tak di lakukan untuk menyuarakan
kemarahan kpd Allah..
~Permata
pertama
Wednesday, April 6, 2011
Susahnya nak khusyuk!
Solat.Semua dari kita menunaikan solat.Namun,adakah semua orang dapat mencapai kekhusyukan dalam solat? Terkadang-kadang memang sukar untuk khusyuk,namun kita perlu berusaha untuk khusyuk dalam solat agar solat mencapai kesempurnaan dan diterima oleh Allah SWT.InsyaAllah.Tapi bagaimana?Mari kita berkongsi sedikit tips.Salah satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah memahami maksud bacaan dalam solat.Jadi,marilah kita sama-sama fahamkan agar dapat memperbaiki kualiti solat kita serta sama-sama mendapat manfaat.InsyaAllah.
Takbiratul-Ihram/Takbir
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Monday, April 4, 2011
Tuhan? Agama? Siapakah? Apakah?
Dengan nama
Allah yg Maha Pemurah Maha Penyayang.
Untuk menjawab
persoalan-persoalan diatas atau seumpamanya, mungkin mudah bagi yang faham atau
yang rasa dia faham. Tapi biarlah yg lebih arif untuk berbicara. Bak kata
seorang teman medic, copy paste pun baik sebab kalau tulis apa yang difaham
takut yang menulis tersalah faham yang membaca tak faham-faham. Di sini inginku kongsi sebuah cerita. Cerita
biasa.
Situasi : Dua beradik sedang duduk beristirehat di
ruang tamu. Yang adik sedang memakan nasi yang kakak membaca surat khabar.
Kakak : Adik tadi kat sekolah(tadika) belajar apa?
Adik : Blajaq ABC..
Kakak : Dah tiga tahun tadika tak kan cikgu duk
ajar ABC x sudah-sudah kot..
Adik : A,
Ayam saya suka makan..B, burung tinggi terbang..
(Dan si adik pun
mula menyanyi-nyanyi lagu-lagu yg diajar oleh cikgu-cikgunya di tadika. Bermula
dengan lagu ABC, 123, nama-nama Nabi, nama-nama para malaikat, sampailah ke
doa-doa harian)
Kakak : Adik dah habis makan kutip balik nasi-nasi
yang tumpah tu. Kemas balik, abah balik nanti kena marah.
Adik : Adik tak larat la. (Amboih. Macam baru
balik keja)
Kakak : Adik Tuhan marah nanti sepah-sepah makan,
pinggan tak simpan.
Si adik pun
pergi mengemas(kemas la cara dia).
Habis si adik
“mengemas”, kakak terdetik untuk bertanya. Selalu dia memberi amaran dengan
menggunakan nama Tuhan pada si adik ni. Fahamkah dia? Si kakak pun bertanya
untuk melihat sejauh mana kefahaman adiknya yg berusia 5 tahun.
Kakak : Adik Tuhan tu sapa?
Adik : Tuhan tu Allah.
Kakak : Tersenyum. (Skrip!)
Maksud kakak Tuhan tu siapa? Apa? Dia buat
apa?
(Sambil mewarna
pula)
Adik : Menjawab dengan penuh yakin. Tuhan tu Allah.., Dia potong tangan.., potong
kaki.. bla..bla..
Kakak : O’ o.
~Tamat~
Sebuah cerita
mampu membawa seribu erti, seribu pengajaran. Tak kalah juga sebuah dialog
ringkas sebenarnya jika kita mahu melapangkan dada mengambil pengajaran.
Penulis telah
dapat satu pengajaran, cara mengajar mungkin? Tetapi yg hendak dikongsi disini
ialah lebih kepada sebuah persolan. Si adik ada pendapatnya sendiri jawapanya
sendiri. Sekarang kita pula bagaimana. Siapakah Tuhan? Apa itu agama? Apakah
kita sudah faham segala-galanya? Terima dan mengamalkannya? Kita yakin dengan
jawapan kita(seperti Si Adik yg yakin dengan jawapannya)?
Marilah kita
bersama-sama menepuk dada bertanya ilmu bertanya iman. =)
~pena sahabat~
Subscribe to:
Posts (Atom)