Saya bukan seorang penulis,bukan juga
seorang pakar motivasi. Namun saya bertindak sebagai seorang sahabat untuk
mengajak anda berfikir sejenak,mengevaluasi diri.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Syukur ke hadrat
illahi dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi diberi nikmat masa
untuk mengintai blog Prophylaxis. Bukan apa,tahu-tahu sajalah,peperiksaan
akhir sudah semakin hampir. Kalau nak
difikirkan bukan setakat nak bukak internet tak ada masa,malah nak makan di
café mungkin berfikir 2 atau 3 kali. ( honestly,saya tak….ngee..). Pada
saat-saat genting ini,ramai yang serabut kepala bagaimana nak susun jadual
untuk menghabiskan keempat-empat modul yg boleh saya katakan berat ( tambah2 CNS ). Ada yang cut waktu makan, ada
yg tutup FB, ada yang 2 atau 3 kali fikir perlu ke saya mandi dan yg paling
dasyat sekali cut waktu kita bersama Allah,contohnya solat. Mungkin ada yg
melambat-lambatkn solat seperti ‘menjamakkan’ solat zohor dan asar atau solat
seperti ayam patuk padi atau terbayang-bayang apa yg kita baca buku, waktu
solat. Hmm..time 2 tu la process recall nak
berlaku..nauzubillah…ini yg kita tidak mahu berlaku…Maaf,bukan saya
hendak menunding jari kepada sesiapa tetapi ingin mengajak sahabat-sahabat
muhasabah diri,adakah kita tergolong dalam golongan tersebut?
“ Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) degnan sabar
dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat,kecuali bg orang-orang yang khusyuk,.”
Al-Baqarah(2) : 45
“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan
(kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang
sabar “
Al-Baqarah (2) : 153
Di saat genting
inilh pengharapan kita kepada Allah
perlu tinggi kerana Dia Maha Penolong. Nah, dalam kitab suci kita telah Allah
berfirman mohonlah pertolongan kepadaNya dengan solat. Dikala kita ingin
ditolong mana mungkin dengan melakukn apa yang telah saya katakan tadi Allah akan
tolong??
USAHA
Dalam ingin
menggapai kejayaan, sudah menjadi hukum alam bahawa org yang berusaha pasti
Allah akan memberi kejayaan. Bukan bergantung kepada doa sahaja, tetapi mesti
berusaha dahulu seiring dengan doa.
” ….sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu
kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
Ar-Ra’d (13) : 11
Tetapi mungkin ada
yang menyoal, ‘ saya sudah usaha yang terbaik,kenapa saya tak mendapat apa yang
saya inginkan?’. Jika persoalan itu berlegar di fikiran sahabat-sahabat,ini
adalah jawapan Allah kepada kita..